70 rumah rosak akibat ribut di Kuantan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan di tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin.
KUANTAN: Sebanyak 70 rumah di kawasan Kampung Balok dan Taman Balok Baru di sini rosak akibat dilanda ribut dan hujan lebat petang semalam.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan Kapten (PA) Zaubidah Said berkata kejadian berlaku antara 5 petang hingga 7 malam dengan kesemua rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung susulan angin kencang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan di tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin.
SUMBER : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/70-rumah-rosak-akibat-ribut-di-kuantan-290085

