Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1390/1420 berbanding dolar AS.
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada urus niaga pagi Jumaat, dirangsang oleh peningkatan dalam harga minyak mentah.
Menurut pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz, pasaran menanti laporan berkenaan Jualan Rumah Sedia Ada Amerika Syarikat dijangka lewat hari ini yang merupakan petunjuk kukuh kepada kesejahteraan ekonomi secara keseluruhan.
“Data yang lebih tinggi daripada jangkaan baik untuk dolar dan boleh menjadi pencetus kepada peningkatan seterusnya berbanding ringgit dalam beberapa minggu akan datang,” jelas beliau.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Unit tempatan lega berbanding dolar Singapura kepada 3.1099/1124 daripada 3.1080/1107 semalam, rendah sedikit berbanding pound Britain kepada 5.8699/8746 daripada 5.8520/8579 sebelumnya.

