COVID-19: Jualan gerai terkesan akibat PKP, Khalid Jamlus umum terpaksa ‘gulung tikar’

Khalid Jamlus terpaksa menutup perniagaan gerai makan miliknya susulan PKP. -Facebook Khalid Jamlus
PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19 memberi kesan mendalam kepada banyak pihak, terutama golongan yang meraih pendapatan harian dengan berniaga sendiri.
Terbaharu, bekas pemain kebangsaan, Muhammad Khalid Jamlus umum terpaksa menutup perniagaan gerai makan miliknya di Sijangkang, Kuala Langat, Selangor pada Ahad.
Gerai Daging Masak Lomak Cili Api yang diusahakan bekas pemain skuad Olimpik 2000, Perak, Selangor, Kelantan, ATM dan Kelantan itu telah dibuka hampir setahun lalu.
Menerusi akaun Facebook miliknya, Khalid memuat naik status bahawa dia terpaksa berbuat demikian walaupun sedih.
“Tikar yang kami bentang…tikar itu juga kami terpaksa gulung,” tulisnya malam tadi.

Seorang pengikut Khalid Jamlus memberi cadangan supaya menghasilkan produk sejuk beku

Kata-kata semangat kepada Khalid Jamlus supaya sabar hadapi dugaan
Pada Julai tahun lalu, Khalid Jamlus yang pernah merangkul Anugerah Kasut Emas yang dimenangi 19 tahun lalu atas faktor kewangan susulan tiada pekerjaan selama tiga tahun.

