Belum ada cadangan laksana PKP: Ini mesej penting perutusan Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyampaikan perutusan khas Situasi Semasa COVID-19 di negara ini.
Selain menjawab teki-teki sama ada Kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara, beliau mengulas berkenaan punca kenaikan kes COVID-19 yang mendadak pada ketika ini.Berikut beberapa perkara penting yang disampaikan Muhyiddin dalam perutusan tersebut:-
1. Kerajaan belum bercadang melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
2. Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru baru ini menjadi antara punca kenaikan mendadak kes COVID-19.
3. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes COVID-19 di dalam negara.
DAPATKAN DATA DAN STATISTIK TERKINI COVID-19 DI SINI
4. Jangkitan tidak kenal latar belakang individu; tiada (double standard) atau yang terkecuali menjalani proses kuarantin.
5. Hanya sekolah di kawasan zon merah diarah ditutup buat masa ini.