COVID-19: Kes positif global hampir lepasi 100 juta

Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.21 juta kes. – Foto REUTERS
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 100 juta kes.
Manakala negara yang melepasi angka 3 juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis.
Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Indonesia, Belanda, Czechia, Kanada, Romania, Chile, Belgium, Portugal, Iraq, Israel, Sweden, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan Switzerland pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Arab Saudi, Hungary, Jordan dan Panama.
SUMBER : https://www.astroawani.com/berita-dunia/covid19-kes-positif-global-hampir-lepasi-100-juta-279773

