COVID-19: Tiga negeri catat penggunaan katil ICU lebih 50 peratus

Pesakit COVID-19 yang kini memerlukan alat bantuan pernafasan pula meningkat kepada 139. – Foto fail
KUALA LUMPUR: Tiga negeri mencatatkan penggunaan katil kes krtikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu Johor (70%), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (65%) dan Melaka (50%) melebihi pengisian 50 peratus.
Ia termasuk Selangor (104%), Perlis (101%), Kelantan (96%), Perak (91%), Putrajaya (82%), Johor (82%), Sabah (79%), Kuala Lumpur (77%) dan Pulau Pinang (50%).
Manakala bagi penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), enam negeri melebihi 50 peratus iaitu Selangor (74%), Perak (58%), Terengganu (58%), Sabah (57%), Melaka (53%), dan Kelantan (50%).
Pesakit COVID-19 yang kini memerlukan alat bantuan pernafasan pula meningkat kepada 139 namun peratusan penggunaan ventilator secara keseluruhan adalah sebanyak 36%.
“Secara keseluruhannya, KKM mendapati kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19.
“Namun begitu, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes,” jelasnya.
“Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
“Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori tiga atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.
“Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga,” ujarnya.