Empat sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran di Klang

KLANG: Empat sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Delek Kanan di sini awal pagi ini.
Kebakaran membabitkan lima buah rumah itu turut meragut nyawa jiran mereka.Pengarah Bomba Selangor, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.56 pagi.
“Seramai 34 anggota dan pegawai bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Pelabuhan Klang dan Andalas bergegas ke lokasi kejadian.
“Mayat seorang lelaki warga Kemboja di sebuah rumah manakala empat sekeluarga termasuk seorang wanita Kemboja dan seorang kanak-kanak lelaki ditemukan di sebuah rumah lagi,” katanya melalui kenyataan hari ini.Menurutnya, sederet rumah setingkat berkeluasan 100 x 20 kaki persegi itu musnah 90 peratus.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.20 pagi.

