Kejadian tanah mendap di Bandar Putra Permai merupakan kali kedua

Beberapa kenderaan yang diletakan di kawasan tersebut rosak teruk apabila berlaku kejadian tanah mendap. – Astro AWANI
SERI KEMBANGAN: Kejadian tanah mendap yang berlaku di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di sini petang Selasa merupakan kali ke dua berlaku di sekitar kawasan tersebut.
“Laporan lengkap mengenainya akan disiapkan sebaik sahaja kajian mengenai kejadian ini dapat dilakukan sepenuhnya,” jelasnya kepada Astro AWANI.
Kerja-kerja pemulihan itu dijangka akan mengambil masa sekitar seminggu untuk disiapkan.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A Ambalangan dalam satu kenyataan hari ini, kesemua penduduk itu hanya akan dibenarkan pulang sehingga pihaknya dapat pastikan keadaan telah kembali selamat.
“Penghuni di 17 premis di kawasan sekitar tanah mendap yang berlaku membabitkan sekitar 150 meter telah diarah berpindah.
“Pagi ini kami mendapati masih berlaku kejadian tanah mendap, jadi kami telah mengambil langkah berjaga-jaga dan memaklumkan kepada pemilik premis untuk berpindah sehingga hami dapat pastikan keadaan telah kembali selamat,” katanya.
Dalam kejadian yang berlaku semalam, beberapa kenderaan yang diletakan di kawasan tersebut rosak teruk apabila berlaku kejadian tanah mendap.

