Kerajaan Jepun akan batal Sukan Olimpik akibat COVID-19 – Laporan

Terdahulu, Olimpik Tokyo ditunda pada Mac tahun lalu, dari tarikh asal pada awal 2020, susulan wabak tersebut. – Gambar fail
Katanya, tumpuan kerajaan Jepun ketika ini ialah untuk mendapatkan slot pada tahun 2032 untuk sukan tersebut.
Penganjur dan kerajaan Jepun secara konsisten berjanji akan terus melakukan persiapan untuk temasya itu, yang dijadual bermula 23 Julai ini.
Terdahulu, Olimpik Tokyo ditunda pada Mac tahun lalu, dari tarikh asal pada awal 2020, susulan wabak tersebut.
Mengulas perkembangan terbaru itu, kedua-dua Jawatankuasa Olimpik Australia dan Amerika Syarikat (AS) berkata pada Jumaat, mereka tetap akan menumpukan pada persiapan menghadapi sukan itu seperti yang dijadualkan.
“Sebarang komunikasi rasmi mengenai Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 sepatutnya dibuat oleh IOC, Jawatankuasa Penganjur Tokyo dan kerajaan Jepun,” kata Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik AS menerusi Twitter.
“Kami belum menerima maklumat yang menunjukkan bahawa ia tidak akan diadakan seperti dirancang, dan fokus kami tetap pada kesihatan dan kesediaan atlet Pasukan AS menjelang Sukan Olimpik pada musim panas ini.”
Sebelum keputusan untuk menangguhkan Olimpik tersebut tahun lalu, Jawatankuasa Olimpik Australia (AOC) merupakan antara yang pertama mengatakan atlet negaranya tidak akan berkunjung ke Tokyo.
Impak COVID-19 terhadap Jepun kurang parah berbanding banyak negara maju lain.
Ia juga telah mengisytiharkan keadaan darurat di Tokyo dan beberapa kota besar.
Menurut satu tinjauan pendapat baru-baru ini, kira-kira 80 peratus penduduk Jepun tidak mahu Olimpik diadakan pada musim panas ini kerana bimbang kemasukan atlet akan menyebarkan virus lebih merebak.
Susulan itu, kerajaan Jepun sedang mencari jalan untuk menyelamatkan keadaan dengan mengumumkan pembatalan, supaya ia dapat diadakan di Tokyo pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, menurut laporan The Times.
Awal minggu ini, Perdana Menteri Yoshihide Suga berkata, temasya sukan itu “akan membawa harapan dan semangat kepada dunia.”