Mesra pengguna, pensyarah muda cipta telekung khas untuk golongan OKU

Fara Azeerin tampil dengan rekaan telekung khusus untuk kegunaan golongan OKU.
KUALA LUMPUR: Telekung dipakai untuk menutup seluruh tubuh seorang wanita semasa mengerjakan solat dan digunakan dalam masyarakat Melayu sebagai pakaian khusus.
Bagaimanapun, cabaran yang dihadapi terutama bagi wanita kurang upaya adalah dari segi potongan yang sesuai serta pemakaian yang selesa untuk mengerjakan ibadah solat di atas kerusi roda.
Sebahagian besar rekaan telekung yang terdapat di pasaran direka dengan hanya satu fungsi dan mempunyai dua bahagian; iaitu bahagian atas direka supaya dapat menutup keseluruhan bahagian kepala sehingga ke paras lutut, manakala bahagian bawah pula direka dalam bentuk kain labuh dan longgar, menutupi bahagian pinggang hingga kaki.
Rekaan telekung yang terdapat di pasaran kebanyakannya tidak memenuhi keperluan pengguna kerusi roda dan tidak memenuhi sifat-sifat yang diperlukan dari segi pratikal, versatile dan keselesaan.

Satu penyelidikan dibuat bertujuan untuk mengenal pasti reka bentuk serta menganalisa keperluan yang perlu dipertimbangkan dalam merancang telekung untuk kegunaan solat bagi pengguna kerusi roda
Justeru,bagi memenuhi keperluan ibadah buat wanita golongan kelainan upaya (OKU), Pensyarah Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Temerloh, Fara Azeerin A. Karim, 38 tahun, tampil dengan rekaan telekung khusus untuk kegunaan golongan terbabit.
Ujarnya, satu penyelidikan dibuat bertujuan untuk mengenal pasti reka bentuk serta menganalisis keperluan yang perlu dipertimbangkan dalam merancang telekung untuk kegunaan solat bagi pengguna kerusi roda.
“Terdapat 3 jenis koleksi ‘adaptive telekung’ berjaya dihasilkan iaitu Qassia, Qayra dan Qhawla. Setiap koleksi mempunyai fungsi yang berbeza,” katanya.
Koleksi Qassia direka dengan menampilkan rekabentuk seperti pakaian pelindung diri (PPE) di mana sesuai dipakai bagi keperluan dalam perjalanan seperti umrah, haji, bercuti dan sebagainya.

Koleksi Qassia direka dengan menampilkan rekabentuk seperti pakaian pelindung diri (PPE) di mana sesuai dipakai bagi keperluan travel seperti Umrah, haji, bercuti dan sebagainya.

Koleksi Qassia direka dengan menampilkan rekabentuk seperti pakaian pelindung diri (PPE) di mana sesuai dipakai bagi keperluan travel seperti Umrah, haji, bercuti dan sebagainya.
“Ia akan menyukarkan mereka untuk membetulkan telekung terutama pada bahagian belakang. Sementara bahagian kain pula berbentuk apron,” jelasnya.
Fara berkata, rekaan itu bagi membantu wanita yang mempunyai masalah pergerakan untuk mengangkat badan seperti yang mengalami spinal cord injury, di mana mereka terpaksa berusaha keras untuk mengenakan pakaian, terutama pada bahagian kaki.
Rekaan ini juga didatangkan dengan beg, serta bahagian telekung atas boleh dijadikan khimar.

Qayra mempunyai 2 bahagian serta bertuk klasik siluet

Bahagian atas lebih pendek serta rekaan bahagian belakang lebih pendek dari reka bentuk telekung yang berada di pasaran kerana wanita yang solat di atas kerusi roda tidak memerlukan bahagian belakang yang labuh
Yang terakhir, rekaan ketiga yang dinamakan Qhawla direka khusus untuk wanita kurang upaya menjalankan aktiviti seperti riadah atau bekerja di pejabat.
“Rekaan mesra wuduk dan pelbagai fungsi ini dapat membantu wanita kurang upaya, bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengguna, tetapi juga memudahkan pergerakan ketika menunaikan solat,” ujarnya lagi.

Qhawla – direka khusus untuk mereka menjalankan aktiviti seperti beriadah atau bekerja di pejabat

Qhawla mempunyai ciri-ciri pakaian adaptive seperti bukaan dibahagian belakang, menggunakan velcro dan magnetic button

