MoU gagal, tiba masa kerajaan gerak ke hadapan – Tok Mat
Diterbitkan pada March 24, 2022 | 10:33 AM

Mohamad Hasan menyifatkan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang telah gagal berfungsi seperti yang diharapkan. – Foto BERNAMA\
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang telah gagal berfungsi seperti yang diharapkan.
Justeru itu, Timbalan Presiden UMNO berpandangan, kerjasama Kerajaan dan Pembangkang perlu dinilai semula dan telah tiba masanya Kerajaan bergerak ke hadapan dan tidak perlu lagi menunggu MoU tersebut matang pada Julai ini.
Kenyataan Tok Mat itu susulan sesi Dewan Rakyat semalam menyaksikan usul Kerajaan untuk melanjutkan, antara lain, peruntukan seksyen 4(5) SOSMA 2012 telah gagal diluluskan, berdasarkan kiraan undi majoriti mudah.
“Kegagalan usul ini adalah sesuatu yang tidak dijangka. Ini menunjukkan sikap sambil lewa, bahawa rang undang-undang sepenting ini tidak di uruskan dengan strategik sebelum dibentangkan.
“Ini agaknya, semua beranggapan bahawa sudah wujud persefahaman yang jelas antara Kerajaan dan Pembangkang dalam hal-hal atau usul-usul yang melibatkan reformasi undang-udang dan dasar khususnya seperti yang dizahirkan dalam Perkara 3 Memorandum Persefahaman antara Kerajaan dan Pembangkang.

