‘Omicron is no joke’ – Disahkan positif, Azira Shafinaz minta ‘close contact’ buat ujian

Azira Shafinaz tidak menyangka mimpi ngeri paling buruk yang pernah dibayangkan sebelum ini terjadi juga apabila dia disahkan positif COVID-19. -Instagram
PENYANYI dan pelakon, Azira Shafinaz tidak menyangka mimpi ngeri paling buruk yang pernah dibayangkan sebelum ini terjadi juga apabila dia disahkan positif COVID-19.
“Mimpi ngeri paling buruk yang saya pernah bayangkan terjadi hari ini.
“Saya minta maaf dia atas ketidakselesaan ini,” katanya.
Azira memaklumkan berita duka itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen) yang menunjukkan dua garis bermakna positif.
“Insya-Allah saya akan kembali pulih tak lama lagi.
“Tolong doakan kesembuhan saya, buat masa ini masih ada penggambaran yang sedang berjalan dan terpaksa ditangguhkan kerana ini.
“Omicron ini bukan main-main. Kali pertama PCR keputusan pada mulanya negative semalam dan hari ni tiba-tiba positif pula.
“Saya harap semua kekal sihat dan selamat buat masa sekarang ini.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kesembuhannya.
*Artikel asal di Gempak