PPN: Melaka beralih ke Fasa 2, Negeri Sembilan ke Fasa 3

Negeri Sembilan akan beralih kepada Fasa 3 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 4 September ini. – Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sidang Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini memutuskan Melaka kini beralih kepada Fasa 2 manakala Negeri Sembilan kepada Fasa 3 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Peralihan fasa bagi negeri-negeri terbabit akan bermula pada 4 September 2021.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata mesyuarat juga bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program “travel bubble” berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
“Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September. Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80%,” menurut kenyataan itu.
BERITA LANJUT MENYUSUL

