Tanah runtuh di Tambun, dua dikhuatiri tertimbus
IPOH: Hujan berpanjangan yang turun malam tadi menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan Banjaran Hot Spring, Tambun dekat sini, awal pagi ini.Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.28 pagi.
Menurut kenyataan awal JBPM Perak, setibanya mereka di tempat kejadian didapati terdapat tanah runtuh dan dipercayai terdapat dua mangsa tertimbus.
Mereka dipercayai seorang lelaki dan perempuan yang menginap di hotel itu.
Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja menyelamat.
Pasukan penyelamat turut menemukan dua pasang kasut sukan dipercayai milik kedua-dua mangsa di kawasan kejadian.
SUMBER : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-runtuh-di-tambun-dua-dikhuatiri-tertimbus-267678